Monday, September 8, 2014

Pengalaman di Kolej Matrikulasi

Fuhh... dah berabuk blog ni.. lama x update...
alhamdulilah sudah 3 bulan Khai dah bergelar pelajar kolej matrikulasi negeri sembilan...
Seperti yg diharapkan Khai berjaya menempatkan diri ke  dalam Program Sains Satu Tahun modul 3..
sebelum kedatangan saya ke kolej ini, saya takut tidak dapat bawa subject2 ini dengan baik... kerana seperti yg kita dengari dari mulut orang2 lain, program matrikulasi ini terlalu laju, padat dan sukar untuk skor..
Tapi semenjak balik dari cuti raya kelmarin, Khai dipilih oleh guru tutorials Chemistry untuk menyertai pertandingan olimpiad kimia anatara modul...
Dan berita baiknya.. Khai berjaya mendapatkan tempat Kedua dalam modul 3...
beberapa hari selepas keputusan olimpiad diumumkan,  saya juga terpilih untuk menjadi pebimbing dalam program SAS iaitu 'Student assist Student' yg dijalankan oleh unit kimia kolej  matrikulasi negeri sembilan...
Untuk pengetahuan semua pebimbing yg terpilih dalam program ini adalah dipilih dalam kalangan mereka yg cemerlang...
    Kesimpulannya...
Adik2 yg bakal menyertai program2 matrikulasi untuk tahun2 hadapan,
jangan takut dan lepaskan peluang untuk menyertai program ini.. Kerana keyakinan adalah faktor utama kejayaan kita..
sebelum masuk matriks, niatkan dihati yang anda masuk ke matriks ini adalah kerana allah untuk mendapatkan keputusan cemerlang...

Doakan Khai dan rakan2 berjaya mendapatkan keputusan cemerlang dalam PSPM semester 1 (final exam sem1) 2 bulan akan datang..
sekian sahaja.. :)

Friday, November 30, 2012

Premix Caramel

Ni hah, admin nak promote premix caramel ni.
Tinggal campur susu UHT & gula.
 RM10.
Nak tahu apa kelebihan menggunakan premix ni?
 
1.mudah digunakan.
2. tekstur yang halus (kalau buat guna resepi biasa, selalunya terdapat rongga
tetapi jika menggunakan premix ini , tiada rongga rongga yang akan berlaku.
 
cara penyediaan telah disertakan bersama premix.
 
 


Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli bolehlah datang sendiri ke rumah kami yg beralamat :

    35,jalan seri sementa 9,
taman seri sementa,
42100 klang.

        jika mahu keterangan lebih lanjut sila like page kami di facebook (ina bakery)

Monday, January 23, 2012

balik kampung.

tadi per gi ke bagan dekat kampung. mula mula memang penat tunggu bot sampai tapi lepas bot sampai wah mcm mcm kitorang 1 family dengan atuk n nenek kutip ikan n pelbagai hidupan laut. ada belut, ikan udang, udang sepit sebelahnya besar. udang pelik (saya x tau namanya/x pernah jumpa), obor, ketam sotong dan lain lain. pengalaman yg memenatkan dan menyeronokkan nak cari kat google image x tau nama kalau tidak boleh tunjukkan nama. tp sesiapa yg terbaca blog ni yg tau kongsilah dekat c box kami atau komen dekat bawah ni. lain kali kalau balik kampung lagi  saya nak ikut pergi bagan lagi. lagi satu saya jumpa belangkas. sini saya kongsikan gambar belangkas. bagi sesiapa yg biasa tengok mcm saya memang lah tau. tp bg orang yg jarang dapat pergi pantai sebab sibuk kerja ni saya tunjukkan.
ni pun saya ambil kat google image je. saya x ambil gambarlah.

ada udang tu nama nya udang gertak


Thursday, January 19, 2012

COSTA CONCORDIA KARAM BAGAI TITANIC

 


BOT penyelamat menghampiri Costa Concordia yang tenggelam tidak jauh dari pantai pulau Giglio, Itali, semalam.
ROME: Sebuah kapal persiaran mewah karam di persisiran Tuscany, menyebabkan sekurang-kurangnya lapan maut dan memaksa 4,165 penumpang dipindahkan dengan bot penyelamat ke pulau berhampiran semalam, kata pengawal pantai Itali.

Kira-kira 69 orang masih hilang selepas helikopter dikerah mengangkut 50 mangsa yang terperangkap di atas kapal Costa Concordia ke tempat selamat, kata Komander Pengawal Pantai, Francesco Paolillo.
Paolillo berkata, tidak dapat dipastikan mangsa yang terbunuh adalah penumpang atau kru, begitu juga kerakyatan mangsa. Punca mereka maut masih belum diketahui.
Agensi berita ANSA, melaporkan beberapa orang melompat keluar untuk menyelamatkan diri daripada kapal yang baru memulakan pelayaran itu.

Mangsa yang terselamat ditempatkan di sekolah, hotel dan gereja di pulau Giglio, tempat percutian popular terletak kira-kira 25 kilometer ke pantai barat tengah Itali.

ANSA memetik dua wartawan Itali yang kebetulan antara penumpang sebagai berkata kemalangan berlaku ketika waktu makan malam.

“Kami sedang menikmati hidangan makan malam apabila lampu tiba-tiba terpadam, dan kemudian kami mendengar bunyi dentuman kuat dan makanan bertaburan di atas lantai,” ANSA memetik wartawan Luciano Castro, sebagai berkata.
“Kejadian berkenaan seperti adegan filem Titanic, semuanya terjadi dalam sekelip mata,” kata seorang lagi wartawan, Mara Parmegiani, kepada ANSA.

Paolillo berkata, punca utama kemalangan masih tidak diketahui tetapi penggera pertama berbunyi pada jam 10.30 malam, kira-kira tiga jam selepas Concordia memulakan pelayaran dari pelabuhan Civitavecchia, ke pelabuhan pertama, Savona, di barat laut Itali.

Pegawai pengawal pantai berkata, kapal berkenaan melanggar halangan, tidak diketahui jika ia mungkin melanggar batu karang di perairan Giglio, menyebabkan garisan sepanjang 50 meter di bahagian kiri kapal itu, dan mula dimasuki air.

Kapten kapal itu kemudian cuba mengemudikannya ke perairan cetek, berhampiran pelabuhan kecil Giglio, bagi menjadikan usaha memindahkan penumpang dengan bot penyelamat lebih mudah.

Namun, kapal berkenaan mula condong ke bahagian kanan, menjadikan usaha mendekatkan bot penyelamat semakin sukar.

Lima helikopter, dari pengawal pantai, tentera laut dan udara, mengambil giliran mengangkut mangsa yang masih berada di dalam kapal itu ke tempat selamat. Seorang anggota pengawal pantai diangkut ke kapal untuk membantu penumpang memasuki bakul kecil untuk memudahkan mereka dinaikkan ke helikopter, kata seorang pegawai pengawal pantai, Kapten Cosimo Nicastro.

Kenyataan Costa Cruises, syarikat yang mengendalikan kapal itu, mengesahkan pemindahan 3,200 penumpang dan 1,000 sudah bermula tetapi kedudukan kapal, yang semakin teruk, menjadikan bahagian terakhir pemindahan kian sukar.

Kenyataan tidak menyebut sebarang kematian dan berkata ia masih belum menentukan punca masalah. Kira-kira 1,000 penumpang Itali berada dalam kapal terbabit ketika kejadian, selain 500 warga Jerman, 160 Perancis dan 1,000 kru kapal. – AP

BOT penyelamat menghampiri  Costa Concordia yang  tenggelam tidak jauh dari pantai pulau Giglio, Itali, semalam.
gambar costa concordia

SUMBER ; BERITA HARIAN

Tuesday, January 17, 2012

TAMAN TERGANTUNG BABYLON

Taman Tergantung Babylon (juga dikenali sebagai Taman Tergantung Semiramis) dan tembok-tembok Babylon (kini Iraq) telah dipertimbangkan untuk menjadi salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia. Kedua-duanya telah dibina oleh Raja Nebuchadnezzar II (604-562 BC), anak kepada Nabopolassar yang telah menguasai Kerajaan Babylon dan mengakibatkan berakhirnya tamadun Mesopotamia yang selama ini dibawah pimpinan Raja Hammurabi (1792-1750 BC). Taman tergantung Babylon terletak sekitar 50 kilometer selatan Baghdad, Iraq di sebelah tebing timur Sungai Euphrates.
Taman Tergantung ini juga telah dicatatkan dalam sejarah Yunani seperti oleh Strabo dan Diodorus Siculus, tetapi tidak banyak bukti yang menyokong akan kewujudannya. Sesetengah bukti yang dikumpulkan ketika penggalian istana Babylon hanya menunjukkan sesuatu yang umum tetapi tidak menunjukkan lebih dari sekadar hiasan yang menarik. Sesetengah berpendapat yang lokasinya mungkin telah dikelirukan oleh masa yang terlalu lama tambahan pula dengan kewujudan sebuah taman di Nineveh kerana jelas batu-batu bersurat di sana lebih menunjukkan yang taman itu telahpun dijumpai. Tulisan pada batu itu menunjukkan sesuatu alat yang digunakan seakan-akan Skru Archimedes untuk mengangkat air ke tempat tinggi.
Menurut sesetengah sumber, taman tersebut dibina untuk menggembirakan isteri Nebuchadnezzar, Amyitis yang rindukan kampung halaman. Amyitis, anak kepada Raja dari kerajaan Medes, telah berkahwin dengan Nebuchadnezzar untuk menjalinkan hubungan kerjasama di antara dua negara. Negara dari mana dia datang adalah sebuah kawasan yang subur menghijau dan berbukit-bukau tetapi malangnya dia terpaksa berpindah ke kawasan yang rata dan tandus berbatu di Mesopotamia (sebuah kawasan di barat daya Asia) yang menyebabkan dia bersedih. Maka, raja memutuskan untuk membina keadaan seperti kampung halamannya di sebuah bukit tiruan yang berbumbungkan kebun-kebun dan taman.
Taman Tergantung sebenarnya tidaklah betul-betul "tergantung" seperti terikat dengan tali. Namanya datang dari terjemahan yang kata Yunani kremastos atau kata Latin pensilis, yang bermaksud bukan hanya "tergantung” tetapi "anjung," seperti terletak di atas beranda atau suatu teres.
Ahli geografi Yunani Strabo, yang memperihalkan tentang taman itu pada kurun pertama Sebelum Masihi, menulis "Taman tersebut adalah segi empat sama “quadrangular”, dan setiap sisi adalah sepanjang empat plethra. Ia mempunyai teres yang bertutup dalam keadaan menaik di atas yang lain, dan dipasakkan dengan tiang berbentuk petak. Semua itu berongga yang berisi tanah untuk membenarkan pokok-pokok besar untuk ditanam. Tiang-tiang, ruang dan teres-teres dibina dari bata yang dibakar dan simen tampalan."
Jika taman itu wujud, ia akan mempamerkan suatu pemandangan yang menarik: Bukit buatan yang subur menghijau memberi kelainan dari yang lain di sekelilingnya yang tandus.
"Pendekatan terhadap Taman itu ibarat pinggir bukit dan sebahagian dari struktur binaan menaik antara satu dengan lain tingkat demi tingkat... Di atas semua ini, tanah telah diletakkan dan telah ditanamkan pohon-pohon dengan lebatnya dengan setiap jenis yang, dengan saiznya yang besar dan menarik, memberikan kesenangan kepada pemiliknya... Air dinaikkan dengan banyaknya dari sungai walaupun tiada siapapun di luar yang dapat melihatnya." — Diodorus Siculus.
gambaran taman tergantung babylon

SUMBER:WIKIPEDIA

Friday, January 6, 2012

hargai ilmu

cuba hayatinya




Monyet pun nak baca surat khabar untuk tau info semasa.